Unit Kebajikan & Penempatan

PENGENALAN

Unit Kebajikan & Penempatan ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Islam darul Ridzuan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus perkara-perkara yang melibatkan kebajikan dan penempatan pelajar KISDAR.

FUNGSI UNIT

  • Menyelaras urusan, keperluan dan rekod penginapan pelajar di dalam kampus dan luar kampus.
  • Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
  • Menyelaras perkhidmatan kebajikan iaitu :
    • Skim Perlindungan Insurans Takaful Berkelompok Pelajar KISDAR
    • Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)

 

PINJAMAN DAN DERMASISWA

Kolej Islam Darul Ridzuan menyediakan pinjaman dan bantuan pendidikan kepada para pelajar seperti berikut :

1.  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

2.  Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Perak (SUK).

3.  Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Perak.

4.  Elaun Orang Kurang Upaya (O.K.U).

 

PTPTN, Dermasiswa Baitulmal & elaun O.K.U akan di uruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Bagi Pinjaman S.U.K pelajar perlu memohon sendiri di laman web yang telah di berikan, pihak kolej akan membantu dari segi penyediaan dokumen-dokumen yang berkaitan.


PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK

Kemudahan Skim

 Semua pelajar berdaftar KISDAR/ waris pelajar berhak untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku perkara seperti berikut :

BIL

JENIS TUNTUTAN

JUMLAH TUNTUTAN

1

Kematian (Biasa)

RM 5,000.00

2

Kematian (Akibat Kemalangan)

RM 10,000.00

3

Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa)

RM 5,000.00

4

Keilatan Kekal Menyeluruh (Akibat Kemalangan)

RM 10,000.00

5

Manfaat Perbelanjaan Perubatan

RM 500.00

6

Elaun Wad Hospital (Minimum 48jam)

RM 30.00

 

PANEL PERUBATAN PELAJAR

KISDAR menyediakan perkhidmatan pusat kesihatan untuk pelajar dan kakitangan mendapatkan rawatan kesihatan. Warga KISDAR boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di Klinik Ar-Ridzuan yang bertempat di Aras Bawah, Bangunan Pentadbiran KISDAR.

Waktu Operasi Klinik Ar-Ridzuan

Isnin – Jumaat

9.00 a.m - 1.00 p.m

3.00 p.m – 5.00 p.m

No. Telefon : 05- 7700177 samb. 103

 

 

PENEMPATAN PELAJAR

Kapasiti muatan bagi Asrama KISDAR (Dalam Kampus) boleh menampung maksimum 500 pelajar. Manakala bagi asrama luar kampus iaitu Asrama Bukit Kerajaan  pula boleh menampung sehingga 50 pelajar dan Asrama Kuaters Istana adalah seramai 40 pelajar bagi sesuatu masa. Jumlah keseluruhan adalah seramai 590 orang pelajar bagi ketiga-tiga asrama yang sedia ada.KISDAR mempunyai 3 buah asrama penginapan pelajar:

                    1) Asrama KISDAR (Dalam Kampus)

                    2)  Asrama Bukit Kerajaan. (Luar Kampus)

                    3)  Asrama Kuaters Istana. (Luar Kampus)