Unit Kokurikulum

PENGENALAN

Secara Keseluruhannya Jabatan Hal Ehwal Pelajar terbahagi kepada beberapa unit yang menyelaraskan pentadbiran yang berkaitan dengan permasalahan dan perkembangan semasa pelajar di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Unit Ko-kurikulum,kebudayaan dan sukan merupakan salah satu cabang pentadbiran HEP  yang merangka perkembangan semasa pelajar di sini.Ketiga-tiga unit ini digabungkan menjadi satu selaras dengan perkembangan semasa pertumbuhan Kolej Islam Darul Ridzuan pada masa kini.

 

FUNGSI UNIT KO-KURIKULUM HEP

Fungsi utama Unit Ko-Kurikulum HEP adalah untuk menyokong matlamat Kolej Islam Darul Ridzuan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing dengan meningkatkan Kemahiran Insaniah (Soft Skill) melalui program-program dianjurkan. Oleh itu , Unit Ko-Kurikulum HEP telah mengenalpasti fungsi utama seperti:

- Menyertai aktiviti yang berfaedah bagi pelajar KISDAR.

- Menyediakan atlit bagi sesuatu kejohanan atau pertandingan

- Merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan serta latihan sukan

- Menjalankan urusan pentadbiran dengan cekap dan berkesan

- Mengurus tadbir dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan

- Mengurus aktiviti pelajar dengan semakan penghantaran kertas kerja cadangan program yang baru.

-Menyelia semua persatuan dan kelab yang berdaftar dengan Kolej Islam Darul Ridzuan.

 

KO-KURIKULUM KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN

Pada masa kini terdapat dua mata pelajaran  wajib bagi pelajar untuk dianugerahkan segulung diploma mengikut falkulti masing-masing. Subjek yang dimaksudkan tersebut ialah Jabatan Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Matapelajaran ini diangkat menjadi satu matapelajaran wajid dan berkredit.

Selaras dengan perkembangan semasa pertumbuhan Kolej Islam Darul Ridzuan perancangan penambahan subjek wajib ini akan dilakukan secara berperingkat sesuai dengan bilangan kemasukan pelajar yang akan datang sehingga Kolej Islam menjadi Sebuah Kolej Universiti.

 

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Subjek Jabatan pertahanan awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan 2 mata pelajaran  Ko-kurikulum wajib yang harus dipilih oleh para pelajar untuk melayakkan pelajar mendapat segulung diploma.

Para pelajar akan didedahkan dengan sukatan pelajaran yang melibatkan  aktiviti seperti berkawad,pertolongan cemas dan sebagainya. Lazimnya para pelajar akan disyorkan untuk mengikuti matapelajaran ini pada tahun pertama belajar di Kolej Islam Darul Ridzuan. Sekiranya pelajar lulus pada tahap pertama, pelajar akan diberikan status Gred Sedang Maju (GSM), dan melayakkan pelajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran pada tahap 2.

Untuk makluman, di setiap akhir pembelajaran pelajar diwajibkan untuk menduduki peperiksaan bertulis  sebagai pelengkap tahap pembelajaran.Markah atau kredit akan dikira pada setiap semester.

 

PERSATUAN & KELAB

Di Kolej Islam Darul Ridzuan terdapat hampir 26 persatuan dan Kelab yang terlah berdaftar dan bernaung dibawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan amnya di bawah Kolej Islam Darul Ridzuan sendiri antara kelab dan persatuan yang dimaksudkan ialah;

SENARAI PERSATUAN KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN

        1.      PERSATUAN USULUDDIN.

        2.      PERSATUAN PERAKAUNAN.

        3.      PERSATUAN SYARIAH.

        4.      PERSATUAN BAHASA ARAB.

        5.      PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

        6.      PERSATUAN PERAKAUNAN

        7.      PERSATUAN PERBANKAN DAN KEWANGAN  ISLAM.


SENARAI KELAB KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN

1.      KELAB SILAT OLAHRAGA.

2.      KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

3.      KELAB KEMBARA ALAM.

4.      KELAB  AL-FURQAN.

5.      KELAB FUTSAL.

6.      KELAB HOKI.

7.      KELAB CATUR.

8.      KELAB BOLA SEPAK.                                                                     

9.      KELAB BOLING.                                                                               

10.  KELAB BADMINTON.                                                                                 

11.  KELAB SEPAK TAKRAW.

12.  KELAB STEADFAST.                                                            

13.  KELAB NASYID.                                                                               

14.  KELAB BOLA TAMPAR.

15.  KELAB BOLA JARING.

16.  KELAB PING PONG.

17.  KELAB KULINARI.

18.  KELAB PENGGUNA

19.  KELAB PENGAKAP KELANA.


SUKAN

Pembentukan kelab – kelab sukan adalah untuk membantu pergerakan sukan di Kolej Islam Darul Ridzuan. Dengan bersukan para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat membantu perkembangan otak dan minda yang cergas dan cerdas.

Selain daripada itu,penubuhan pasukan-pasukan-pasukan kolej juga bertujuan memantapkan pasukan dalam penglibatan Kolej dalam temasya sukan IPTIM (Institusi Pengajian Tinggi Islam Se-Malaysia) yang diadakan 2 tahun sekali. Antara sukan atau jenis pertandingan yang Kolej Islam Darul Ridzuan telibat ialah:

·         Bola sepak

·         Badminton

·         Futsal

·         Takraw

·         Bola Jaring

·         Bola Tampar

·         Olahraga.

Oleh yang demikian sejajar dengan penubuhan pasukan tersebut beberapa  kemudahan sukan yang terdapat di Kolej Islam Darul Ridzuan turut diadakan antaranya Padang bola sepak,Gelanggang  badminton,gelanggang takraw,gelanggang bola tampar,padang bola jaring ,gelanggang futsal,dan tidak lupa Kolej Islam Darul Ridzuan juga mempunyai sebuah padang hoki astrotuff yang bertaraf antarabangsa.