Unit Sahsiah & Kerjaya

PENGENALAN

Unit Kaunseling Kolej Islam Darul Ridzuan, Negeri Perak telah beroperasi pada sejak penubuhan kolej lagi. Bermula pada  1 Februari 2010 unit ini beroperasi secara rasmi di  Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Kolej Islam Darul Ridzuan.


FUNGSI UTAMA

·         Kaunseling Peribadi/ Individu

·         Kaunseling Akademik

·         Kaunseling Kerjaya

·         Kaunseling Kelompok

·         Panduan / Teknik Pembelajaran

·         Panduan / Teknik Menyediakan Resume dan Persediaan Temuduga

·         Panduan / Taklimat Pengajian Tinggi

·         Ceramah / Bengkel Motivasi

  

OBJEKTIF UNIT  KAUNSELING, KERJAYA DAN TATATERTIB, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN

 

 

                      i.        Memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan berkualiti, terbaik, menepati keperluan dan percuma.

                     ii.        Berkhidmat dengan responsive, amanah, cekap dan bijaksana dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

Jadual Operasi:

Isnin – Khamis            :  8.30 pagi - 4.30 petang

Jumaat                        : 8.30 pagi - 12. 15 tgh

                                    : 2.45 petang - 4.30 petang

            (Waktu lain boleh diatur melalui temujanji)

 

                    iii.        Memberi layanan mesra, terbuka, berempati dan bersedia mendengar.

                   iv.        Menyediakan kemudahan mempertingkatkan diri ke arah kecemerlangan sahsiah dan akademik dalam suasana yang jelekit serta terapeutik.

                    v.        Memberi pertolongan yang dapat membangunkan kendiri insan bagi menjamin masa depan ke arah pengisian Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

                   vi.        Mematuhi Kod Etika Kaunselor dan Tatasusila Profesion Kaunselor Malaysia.

 

  

KOD ETIKA/ KERAHSIAAN:

Perkhidmatan psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia dan SULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.  Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kerahsiaan adalah seperti berikut:-

 

Sukarela

Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan klien yang datang secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah RAHSIA.

 

Merujuk kes untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Ketua Jabatan atau perujuk yang ingin merujuk kes  bagi perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  perlu menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam Proses Kerja Merujuk Kes Bagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan maklumat tersebut termasuk surat-menyurat serta dokumen yang berkaitan adalah diklasifikasikan sebagai SULIT.

 

Membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen perkhidmatan  bimbingan dan kaunseling   

Ketua   Jabatan   dan  pegawai  yang  terlibat  dengan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling perlu mengekalkan  kerahsiaan  yang  sesuai  dalam  membentuk,   menyimpan,   memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

 

Pengecualian pendedahan maklumat, rekod atau dokumen  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia kecuali untuk kebaikan klien,  kebaikan  orang lain,  kebaikan organisasi,  atau keperluan undang-undang.

 


KEBERKESANAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK

Program Sahsiah

Program sahsiah dan juga dikenali sebagai mentor-mentee merupakan program yang diselia oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang dilantik bagi melaksanakan program ini. Antara lain pendekatan yang digunakan adalah membina jati diri, personaliti dan sahsiah secara menyeluruh dalam menyentuh secara keperibadian luaran dan dalaman pelajar.

  

PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA

Maklumat Menyambung Pengajian

Unit ini ada telah menyediakan maklumat untuk para pelajar menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi. Selain itu unit ini juga mengadakan taklimat kepada pelajar untuk persediaan dan persiapan bagi menyambung pengajian di dalam dan luar Negara.

 

Maklumat Kerjaya

Penyediaan maklumat kerjaya disediakan dan unit kaunseling juga ada menawarkan khidmat kaunsleing kerjaya dalam memeberi panduan kepada pelajar. Selain itu unit ini dalam proses perancnagan untuk member khidmat lain seperti bengkel menyediakan resume, bengkel menghadiri temuduga dan lain-lain lagi.

 

 UJIAN PSIKOLOGI:

Merupakan satu kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stres, kemurungan, komunikasi dan lain-lain.

 

INTERVENSI KAUNSELING

            KAUNSELING INDIVIDU

Merupakan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan seorang klien.

 

KAUNSELING KELOMPOK

Merupakan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan beberapa orang klien.

 

            INTERVENSI KRISIS

Merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada situasi kritikal dengan memberi perhatian serta merta kepada tersebut seperti keganasan rumah tangga,penceraian, pergaduhan, konflik, bencana alam, masalah hubungan, peribadi dan lain-lain.

 

PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

           

            PERKHIDMATAN KAUNSELING

Perancangan bagi penambahbaikan perkhidmatan kaunseling ini antara lain adalah memperbanyakkan maklumat berkaitan unit ini dengan mengadakan promosi unit kaunseling, menubuhkan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya, mengadakan lawatan ke agensi yang menawarkan khidmat kaunseling dan lain-lain lagi.

 

            PROFESIONALISME KAUNSELOR

Buat masa ini Unit Kaunseling hanya mempunyai seorang kaunselor terlatih sahaja. Kaunselor dalam proses membina dan menambahbaik unit kaunseling untuk beroperasi sepenuhnya di koelj ini.

 

 

KAUNSELOR ANDA

Pn. Rosdiana Binti Shaharum adalah kaunselor yang bertanggungjawab terhadap Unit Kaunseling dan Kerjaya di Kolej Islam Darul Ridzuan. Beliau telah dilantik memegang jawatan ini bermula 1 Feb 2010 dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.