Kelab Askar Wataniah Kolej Islam Darul Ridzuan

PENGAMBILAN AHLI BARU DALAM KELAB ASKAR WATANIAH KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN


SEJARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.  Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

 Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai Home Guard. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Konsep mempertahankan negara melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula sejak awal Zaman Pemerintahan British. Malahan konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan taat setia kepada raja untuk mempertahankan negara.

Januari 1874, dengan termeterainya Perjanjian Pangkor telah membuka ruang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada 1 Julai 1896, Persetiaan Persekutuan telah ditandatangani. Dengan ini, terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta campur tangan British yang lebih meluas. Berikutan dengan wujudnya Persetiaan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seolah-olah tertakluk kepada kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat, di mana segala masalah keselamatan dan pertahanan dirujuk kepada pemerintahan Negeri-Negeri Selat.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN DIKOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN

1.      Penambahan kelab yang bernaung dengan Kolej .

2.      Peluang pelajar menambah wang saku, kerana pelajar diperuntukan untuk mendapatkan elaun.

3.      Mendisplinkan pelajar.

4.      Mengurangkan aktiviti pelajar dengan kegiatan yang tidak berfaedah


FAEDAH YANG DIPEROLEHI

1.      Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.

2.      Mengisi masa lapang daripada benda-benda yang tidak berfaedah.

3.      Mempelajari kepakaran dalam pasukan askar wataniah yang dipilih.

4.      Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.

5.      Menambah kenalan.

6.      Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan kem tahunan.

7.      Bounti/saguhati.

8.      Kemudahan rawatan hospital(apabila menghadiri latihan).

9.      Berpeluang untuk dikerah sepenuh masa bagi mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor berkaitan bagi mereka yang layak.


SYARAT PENGAMBILAN AHLI BARU DALAM KEM ASKAR WATANIAH

·         WARGANEGARA               : Malaysia

·         UMUR                              : 18 Hingga 30 Tahun

·         KESIHATAN                      : Sihat tubuh badan,tidak cacat anggota dan tidak rabun warna

·         TINGGI/BERAT                 : 162sm/50kg(lelaki): 148sm/45kg(wanita)

·         UKURAN DADA

(LELAKI SAHAJA)              : 76.2sm( biasa): 82sm(tarik nafas)

 

                  

MAKLUMAT LANJUT SILA HADIR  KE JABATAN HAL EHWAL PELAJAR ( UNIT KO-KURIKULUM )